Casio telah lancarkan satu model jam tangan yang unik dan moden bagi keluaran terbaharu mereka tahun ini. GBD-H1000-1A7, model baharu yang anggun hadir dengan beberapa fungsi khas, antara lain, mengawasi kadar denyutan jantung anda.

Selain ketahanan yang kuat, model khas ini dibekalkan dengan empat warna berbeza yang menonjolkan skrin digital jam tangan. Beberapa fungsi lain GBD-H1000-1A7 termasuk GPS, altimeter dan termometer serta sensor untuk mengesan berapa langkah kaki anda dalam masa sehari.

Bahagian belakang pula dilengkapi dengan sensor elektro-optik yang mengesan aliran darah bagi mengira kadar denyutan jantung. Jam tangan ini juga memberi maklumat tambahan seperti berapa kelajuan larian anda dan jarak perjalanan, sementara ciri-ciri lain seperti USB dan papar solar bagi fungsi mengecas.

Casio masih belum memberi apa-apa maklumat bila model terbaharu ini akan dilepaskan kepada umum, namun ia dijangka keluar bulan April nanti.

Terdahulu, Casio telah meraikan jam tangan edisi khas sempena ulang tahun kelahiran Bruce Lee. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Casio Raikan Ulang Tahun Kelahiran Bruce Lee Dengan Jam Tangan G-Shock Edisi Khas