Buat pertama kalinya jenama tempatan berpeluang untuk berkolaborasi secara rasmi dengan G-Shock dalam menghasilkan model khas DW-6900AL22 yang cuma dijual di Malaysia, Singapore, Thailand, dan Indonesia.

Against Lab memilih warna oren dan silver sebagai warna khas pada model ini; mengambil inspirasi daripada warna lampu dan ekzos motosikal yang menjadi kegunaaan majoriti rakyat Malaysia untuk ‘hustle’ dalam kehidupan.

Rekaan ‘bunga tayar’ Against Lab dapat dilihat pada bahagian strap bagi menambahkan seri pada model ini. Tidak lupa juga special engraving logo Against Lab di bahagian belakang jam.

Model G-Shock x Against lab DW-6900AL22 ini akan dijual secara rasmi di Casio Lazada Official Store bermula pada 28 Mei 2022 dan 3 Jun 2022 di butik dan pengedar rasmi G-Shock di seluruh negara pada harga RM550.

P/S: Khas sempena pelancaran jam tangan ini, ia akan dijual di pop up store G-Shock x Against Lab di The Gasket Alley bermula jam 6:00 petang ini dan 100 unit yang dijual d sini nanti akan hadir dengan ‘special box’ khas diperbuat daripada kayu! Khabarnya ramai yang dah beratur sejam jam 4:00 petang tadi untuk tidak terlepas membelinya. Go get’em guys!

Ini beberapa model G-Shock lain yang pernah menjadi tumpuan ramai sebelum ini. Baca pada pautan di bawah.

TMJ Peragakan G-Shock ‘Custom’ Unik Yang Bakal Jadi Buruan Peminat

Casio Tampil Dengan Koleksi ‘Limited Edition’ G-SHOCK x Harimau Malaya

Bagaimana Seorang Budak Kecil Beri Idea Untuk Kikuo Ibe Hasilkan Model G-SHOCK