Nampaknya memang benar berita yang jam edisi khas G-Shock X Mastermind WORLD ini akan masuk ke pasaran Malaysia. Ianya telah disahkan oleh pihak Isetan The Japan Store KL dan akan dijual pada hari Jumaat ini.

Ini merupakan model kolaborasi kedua Mastermind bersama G-Shock untuk model Frogman. Anda boleh bawa pulang jam ini dengan harga RM4,999.

Bagi yang berminat, boleh ke Isetan The Japan Store KL Jumaat ini pada jam 11 pagi. Kalau lambat, menangis pula anda nanti tak dapat jadi salah seorang pemilik jam tangan ini.

BACA: Kolaborasi Epik G-Shock X Mastermind WORLD Untuk Model ‘Frogman’