Banyak sungguh kolaborasi hebat dibuat bersama jenama heavyweight dari Jepun, Mastermind WORLD tahun ini. Mungkin salah satu marketing jenama ini yang bertukar nama daripada Mastermind JAPAN kepada Mastermind WORLD beberapa bulan lalu.

Selepas kolaborasi bersama Vans dan Adidas tahun ini, Mastermind WORLD kembali bekerjasama dengan Casio untuk model jam tangan G-Shock yang sangat rare dan epik, Frogman.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sebagai perbandingan betapa bernilainya jam tangan dengan kolaborasi Mastermind ini, G-Shock X Mastermind yang pernah berada di pasaran pada tahun 2010 kini dijual di laman Ebay dengan harga RM36 ribu! Dan semestinya koleksi terbaru ini akan sold out dengan cepat apabila ianya dipasarkan minggu hadapan.

gshocker3

Frogman adalah antara model G-Shock paling rare dan ditambah lagi dengan kolaborasi ini, ianya pasti menarik minat peminat tegar G-Shock. Khabarnya mastermind WORLD x G-Shock Frogman ini akan masuk ke Isetan The Japan Store Kuala Lumpur pada 27 October dan Isetan Shinjuku pada 28 October.

Yang bekerja sekitar Bukit Bintang mungkin boleh bertanya dahulu pada pekerja di Isetan The Japan Store sama ada benar atau tidak jam ini akan masuk ke pasaran Malaysia. Tiada maklumat berkenaan harga rasmi untuk kolaborasi ini tetapi yang pasti, harganya sangat ‘keras’.

gshocker1

gshocker2