Kolaborasi G-SHOCK dengan jenama topi terkenal New Era sudah bermula sejak beberapa tahun yang lalu. Untuk 2017, dua jenama terkenal ini meneruskan hubungan baik mereka dengan satu lagi kolaborasi, koleksi Urban Tough.

New Era memilih material wool hitam untuk topi ini dan semestinya skema warna hitam dengan logo G-SHOCK di bahagian depan. Model klasik DW-5600 dipilih dan gabungan warna hitam putih pada jam ini memang ‘jahat’. Logo New Era terletak di bahagian depan jam ini dengan tulisan yang minimalis di bahagian tepinya.

Sebagai tambahan, khas untuk koleksi ini New Era menghasilkan cap carrier yang boleh menampung dua unit topi yang diperbuat dari polyester. Logo G-SHOCK pada depan beg topi ini menambahkan lagi nilai esklusif topi ini.

Koleksi New Era X G-SHOCK ‘Urban Tough’ ini akan berada di kedai Casio dan New Era terpilih serata dunia dengan harga USD209(lebih kurang RM920 ringgit). Harap-harap koleksi ini masuk ke kedai G-Shock Malaysia sebab handsome betul koleksi ini.

BACAAN SETERUSNYA

© 2017 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤