Bijak betul cara G-SHOCK mahu ambil duit dari kita. Kali ini G-SHOCK bakal melancarkan model edisi khas bersama pereka fesyen Robert Geller. Model jam yang lebih sleek iaitu GST200RBG-1 dipilih untuk kolaborasi ini. Kolaborasi ini juga tertumpu untuk memperkenalkan siri G-STEEL yang boleh dipakai untuk kegunaan lasak dan urusan rasmi.

Robert Geller sendiri adalah peminat setia G-SHOCK dan beliau memilih tema ‘Midnight In Tokyo‘ untuk kolaborasi ini kerana rasa cintanya pada bandar Tokyo. GST200RBG-1 ini hadir dengan band besi, casing dan button bewarna hitam mati dengan sedikit warna emas dan jarum bewarna dark fuchsia. Gabungan warna ini menurut Geller mencerminkan elemen bandar Tokyo di waktu malam di samping mengekalkan imej minimalis jam ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kelebihan lain model G-SHOCK ini adalah ketahanan hentakan dan water resistance sehingga 200 meter, auto illuminator lampu LED, world time (sebanyak 31 negara), alarm, stopwatch, countdown timer dan format jam 12/24.

Jam ini dijangka dijual pada harga USD420 (lebih kurang RM1,800) dan bakal dijual secara online bermula bulan Julai dan retailer G-SHOCK yang terpilih. Harap-harap adalah yang masuk ke Malaysia. Apa yang pasti, jam ini pasti tampak sangat seksi di pergelangan tangan anda nanti.