Ramai sebenarnya yang mencari model G-Shock x Transformers yang dilancarkan November tahun lalu. Model ini juga sukar untuk dimiliki kerana hanya dijual di butik G-Shock terpilih di Jepun dan laman rasmi Takara Tomy sahaja.

Namun, berita baik buat collector jam G-Shock kerana Casio Timepiece Malaysia akan membawa masuk model edisi khas ini di Malaysia! Model G-Shock x Transformers DW-6900TF-SET ini akan dijual dengan harga RM1,529.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bagaimana untuk layak membeli jam tangan edisi khas ini? Anda perlu ikuti terma dah syarat yang ditetapkan oleh Casio Timepiece Malaysia serta mengisi borang butiran peribadi anda di sini.

https://www.youtube.com/watch?v=ZKQuCwVK_Pw

Tidak dinyatakan berapa unit jam tangan ini akan memasuki pasaran Malaysia. Anda yang sudah menyertai raffle yang dibuat akan menerima panggilan daripada pihak Casio Timepiece Malaysia sekitar 11 hingga 17 Februari 2019 depan. Adakah anda antara yang bertuah yang bakal memiliki jam tangan ini?