Penyelidik di China menemui sejenis selesema babi baru yang boleh merebak menjadi wabak. Penemuan itu didedahkan oleh sebuah kajian yang diterbitkan oleh PNAS, jurnal sains di Amerika Syarikat, semalam.

Dilaporkan dari BBC, virus yang disebut G4 secara genetik merupakan keturunan dari strain H1N1 yang menyebabkan pandemi pada tahun 2009.

Tomaz Gaming Chair Cover
HYPE
Gaya Kingsman Datang Lagi! Tomaz Blaze X Pro, ‘Gaming Chair’ Premium Pada Harga RM499 Sahaja
Baca lagi →

Virus ini mempunyai “semua syarat penting untuk mutasi dan menjangkiti manusia,” kata penulis, yang terdiri daripada saintis di sejumlah universiti China serta Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit China.

Dari tahun 2011-2018, para penyelidik dari Universiti Pertanian China (CAU) mengambil 30,000 ujian sapuan hidung dari babi di rumah sembelih dari 10 wilayah China, termasuk hospital haiwan.

Ujian telah mengumpulkan 179 jenis selesema babi. Majoriti adalah keturunan baru yang dominan pada babi sejak 2016. Para penyelidik kemudian melakukan pelbagai jenis eksperimen termasuk kepada musang kerana ia mempunyai gejala seperti selesema mirip manusia, seperti demam, batuk, dan bersin.

BBC melaporkan, virus G4 sangat menular, meniru sel manusia, dan boleh menyebabkan gejala yang lebih serius kepada musang dibandingkan daripada virus lain.

Hasil ujian juga menunjukkan bahawa kekebalan yang diperoleh manusia dari pendedahan selesema musiman, tidak memberikan kekebalan terhadap G4. Menurut hasil ujian antibodi, sebanyak 10.4 peratus pekerja di industri babi telah dijangkiti. Hasil ujian juga menunjukkan 4.4 peratus populasi umum juga telah terdedah.

Oleh itu, virus telah berpindah dari haiwan ke manusia, tetapi tidak ada bukti bahawa virus tersebut dapat menular di antara manusia ke manusia.

“Menjadi kebimbangan kami bahawa jangkitan virus G4 akan menyesuaikan diri dengan manusia dan meningkatkan risiko wabak pada manusia,” tulis para penyelidik.

Terdahulu, kami ada menulis bagaimana saintis telah membuat kajian mengenai COVID-19 yang telah bermutasi menjadi lebih agresif. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Saintis Dapati Wabak Coronavirus Telah Bermutasi Menjadi Lebih Agresif

Coronavirus Sudah Diramal Terjadi Sejak 39 Tahun Yang Lalu?

Senator Amerika Syarikat Dakwa Wabak Coronavirus Berasal Dari Makmal Di China

Anda Mungkin Suka