Baru sahaja dunia dikejutkan dengan varian Omicron yang mampu merebak dengan pantas, nampaknya sebuah lagi varian COVID-19 dilaporkan telah muncul. Lebih merisaukan, varian terbaru yang ditemui saintis di Cyprus ini dikatakan merupakan gabungan varian Delta dan Omicron.

Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Menurut Leondios Kostrikis selaku profesor di University of Cyprus, varian terbaru yang ditemui ini menggabungkan sifat dua jenis varian iaitu Delta dan Omicorn sekaligus membuatkan mereka menamakannya sebagai Deltacron.

Sumber: kiratas

Setakat ini, pihak mereka telah menemui hampir 25 kes dengan varian terbaru ini. Walau bagaimanapun, masih terlalu awal untuk mengetahui kesan yang bakal dibawa oleh varian ini sama ada lebih merbahaya atau sebaliknya di mana kajian lebih mendalam antara yang perlu dilakukan.

HYPE
Ini ‘Rahsia’ Pengasas Tudung Dari Kelantan Raih Keuntungan RM10,000 Dalam 2 Minggu
Baca lagi →

Setakat bulan ini, negara-negara seperti Amerika Syarikat, Australia, Perancis dan lain-lain lagi masing-masing mencatat jumlah kes COVID-19 tertinggi sepanjang sejarah berikutan kehadiran varian Omicron. Diharap varian Deltacron tidak mengulangi trend yang sama kerana membawa memberi impak besar kepada beberapa negara yang terkesan.

Sementara itu di Thailand, pihak pakar meramalkan varian Omicron bakal menjadi petanda pandemik COVID-19 bakal berakhir.

Pakar Ramal Varian Omicron Bakal Jadi Petanda Pandemik COVID-19 Akan Berakhir

Didakwa Masih Belum Dapatkan Vaksin Walaupun Satu Dos, YB KJ Tampil Jelaskan Perkara Sebenar