Ingatkan semuanya sudah ditandatangan rupanya gabungan rasmi dan 20th Century Fox masih belum termeterai. Di saat-saat akhir, Comcast juga berminat untuk mengambil alih syarikat 20th Century Fox.

Comcast adalah syarikat yang menawarkan sistem broadband dan cable provider terbesar di Amerika Syarikat. NBC Universal juga berada di bawah naungan Comcast.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Comcast menawarkan tawaran yang lebih tinggi berbanding Disney iaitu USD60 billion all-cash, bermakna ianya satu tawaran easy money kepada 20th Century Fox yang sangat menarik.

avengers xmen
Avengers & X-Men; gabungan yang peminat mahu dalam 1 filem

Tetapi pemilik 20th Century Fox, Rupert Murdoch masih bertenang ketika ini. Jika Murdoch memilih Comcast, syarikat Murdoch mungkin akan berdepan masalah perundangan di masa akan datang yang akan menyebabkan tawaran ini terbatal.

CEO Disney, Bob Iger juga masih tenang walaupun tawaran daripada Comcast ini lebih tinggi daripada tawaran yang dibuat oleh Disney kepada Fox.

Murdoch juga mahu tawaran ini pergi kepada Disney tetapi dengan tawaran daripada Comcast ini, mungkin panel direktor Fox menunggu tawaran yang lebih baik daripada Disney. Jika anda sayangkan peminat anda, naikkan tawaran anda Disney!

Sumber