Pereka fesyen terkenal dari Russia, Gosha Rubchinskiy memang sangat meminati rekaan daripada adidas terutamanya fesyen bola sepak. Gosha tidak memilih model-model yang sedang terkenal seperti UltraBOOST atau NMD tetapi Football ACE 16+ SUPER menjadi pilihan.

Ada sebab kenapa Gosha memilih model ini. Di Russia, gaya kasual mereka lebih kepada baju sukan dipadankan dengan kasut bola sepak dan model ini lebih dekat dengan identiti fesyen remaja di Russia. 3 warna ditawarkan iaitu hitam, putih dan merah.

Kasut ini menggunakan kain Primeknit serta tapak gum sole untuk memberikan imej klasik pada kasut ini. Ianya sudah boleh dibeli di laman Dover Street Market atau boleh cuba ke Dover Street Market Singapore pada harga USD210 (lebih kurang RM820). Tahun depan kejohanan Piala Dunia di Russia. Andai anda akan ke sana untuk melihat perlawanan negara kegemaran anda, sarung sahaja sepatu ini. Pasti peminat di sana pandang-pandang anda nanti.

gosha 1

gosha 2

BACAAN SETERUSNYA

© 2017 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤