Sebut sahaja Afghanistan, anda tentunya akan terbayang sebuah negara bergolak dan merbahaya. Mungkin disebabkan faktor liputan yang dikeluarkan media antarabangsa seolah-olah langsung tiada keamanan di situ. Tetapi percayalah, Afghanistan penuh dengan orang-orang berhati mulia.

Jika ke Afghanistan, amat jarang anda dapat lihat wanita ditempat umum. Kebiasaanya mereka akan keluar bersama suami atau tidak pun akan berpakaian labuh dan memakai niqab. Nampak sungguh sopan sekali. Tetapi tahukah anda, disebalik jubah labuh, mereka juga sebenarnya wanita hebat?

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Jangan disangka semua wanita itu lemah, rakaman ini akan membuatkan pandangan anda berubah 180 darjah disebalik kejelitaan gadis-gadis di Afghanistan. Di bawah ini adalah rakaman foto yang diambil ketika sekumpulan gadis di Afghanistan sedang berlatih untuk satu pertandingan wushu di Bukit Shahrak, Kabul ketika musim salji. Memang bergaya habis!

Ahli kumpulan pencak wushu ini diketuai oleh Sima Azimi, berumur 20 tahun dan beliau merupakan jurulatih wushu yang pertama di Afghanistan. Menurut Sima, dia mula belajar seni mempertahankan diri ini ketika menjadi pelarian di Iran. Dan sekarang beliau sedang melatih ahli pasukannya seramai 20 orang dalam lingkungan usia dari 14 tahun sehingga 20 tahun.

Jadi, kalau anda travel ke Afghanistan jangan tersalah mengurat pula. Takut silap haribulan boleh bengkak muka nanti.

Nak travel ke Afghanistan? Baca ini: 53 Fakta Menarik Tentang Afghanistan Buat Anda Yang Ingin Travel Ke Sana