Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Kalau ada makanan viral dan unik, pasti ramai mahu mencubanya, bukan? Lihat sahaja, kafe di Taiwan yang berkonsepkan tandas ada orang yang sanggup pergi ‘review’ dan menjadi bualan ramai.

Artikel Berkaitan:

Baru-baru ini, tular di media sosial yang memaparkan seorang gadis bertudung sedang membeli makanan di sebuah kafe di Bali, Indonesia. Menerusi video tersebut, makanan tersebut dilihat bentuknya seakan alat sulit lelaki.

Bukan sahaja bentuk makanannya mengundang kontroversi, voice over gadis tersebut yang seakan mencari orang untuk mengajar dia makan makanan tersebut seperti ada maksud tersirat.

Perkongsian video tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen berasa pelik kerana influencer tersebut sanggup untuk ‘review’ makanan yang bentuknya seolah-olah alat sulit lelaki.

Bukan itu sahaja, segelintir netizen berpendapat jika lelaki yang melakukan perkara seperti dalam video pasti perbuatan tersebut dilabel gangguan seksual dan akan dikecam hebat masyarakat.