Sewaktu terlihat gambar yang dikongsikan oleh Linda Hasim yang baru saja ke Pulau Flores, terdetik di hati alangkah seoronoknya jika dapat turut serta bercuti ke sini.

Linda telah ke Pulau Flores bersama 10 lagi rakan beliau. Perjalanan bermula dari KLIA2 ke Bali dengan  penerbangan AirAsia pada jam 1 pagi. Tiket yang berjaya dibeli adalah RM400 pergi balik.

Penerbangan mereka seterusnya adalah dari Bali ke Labuan Bajo. Percutian 4 hari 3 malam mereka ini diuruskan oleh Margojoy Tour yang menyediakan khidmat mencari kapal layar, pemandu dan juga tour guide sepanjang di Flores.

Itinerari ringkas trip beliau seperti berikut:

14 April 2017 – Terbang ke Bali. Bermalam di Bali dan sempat lihat matahari naik di Nusa Dua.
15 April 2017 – Terbang dari Bali ke Labuan Bojo dengan penerbangan Sriwijaya. Bermalam di Labuan Bojo

16 April – 8 pagi belayar ke Pulau Kenawa dan Pulau Siaba (snorkeling). Hiking di Gili untuk lihat matahari terbenam. Bermalam di Gili.

17 April 2017 – Belayar dari Gili ke Pulau Usung (snorkeling), pantai pink (pink beach), Pulau Komodo. Bermalam di Pulau Padar.

18 April 2017 -Hiking awal pagi di Pulau Padar untuk lihat matahari naik. Hiking di Pulau Kelor. Balik ke Labuan Bajo. Terbang ke Bali pada jam 3.30pm.

Bajet

Penerbangan Bali – KL, dan Bali – Labuan Bajo = Total RM800 (tiket pergi balik)

Pakej belayar = RM900 (lepas tukar ke RM).
Pakej belayar adalah all in termasuk makan 4 kali sehari, snorkeling, dan kos transfer dari airport ke hotel dan penginapan di hotel.

Baca: 15 Tip Travel Di Flores, Indonesia Beserta Itinerari Bajet Gaya Backpacker

Menurut Linda, ada 10 sebab kenapa beliau memilih Pulau Florest sebagai destinasi percutian singkat kali ini :

1. Flores masih baru untuk diteroka dan belum ramai yang berkunjung ke sana. Maka alam semulajadinya masih terjaga rapi.

2. Sepanjang pelayaran kami melewati permandangan bukit-bukit yang sangat cantik.

3. Air dan batu karangnya superb awesome. Cuma perlu berhati-hati ketika snorkeling. Kadang kala arusnya kuat. Kami pernah dihanyutkan hampir 1km dan perlu diselamatkan dengan bot penunda sebab tak boleh berenang balik.

4. Bagi pencinta hiking, di sini ada banyak lokasi menarik untuk hiking.

5. Struktur muka bumi dari atas ketika tiba di puncak setiap pulau sangat awesome  terutama sewaktu matahari naik dan matahari terbenam.

6. Untuk merasa pengalaman bermalam di atas kapal dan hidup sebagai nelayan boleh cuba di Flores.

7. Boleh mengenali budaya dan sejarah Pulau Komodo serta lagenda pulau ini daripada penduduk Flores.

8. Belayar bersama rakan-rakan selama berada di atas bot menjadikan kita lebih kenal antara satu sama lain. Maklum lah jauh dari internet. Aktiviti kami sepanjang malam ialah bermain games berkumpulan, berkaraoke, main daun terup dan bergosip. Harus ingat bergantung juga dengan siapa kita pilih untuk belayar. Kalau dapat teman yang bagus, seronok.

9. Uniknya percutian di Flores, saya cuba sesuaikan diri dengan segala kekurangan yang dilalui. Sangat berbeza berbanding kehidupan kita yang serba lengkap di KL. Perlu berkongsi tempat tinggal dan ruang tidur, bilik air yang satu, tiada penghawa dingin, mandian air putih bersukat. Namun begitu anak kapal kami sediakan hidangan yang lazat. Kalah makanan Malaysia. Hahaha. Selera sungguh!

10. Uniknya percutian di Flores kerana di sini juga kami kerap dapat lihat sekumpulan  ikan lumba-lumba, ikan pari putih, ikan-ikan kecil melompat dan burung berterbangan ketika belayar. Suasana juga terasa sangat aman.

Baca lagi: 21 Tip Naik Bot Dan Tour 4 Hari 4 Malam Ke Pulau Komodo, Indonesia