Fang Yimin atau lebih dikenali dengan nama Becky Li mula dikenali sebagai seorang wartawan di sebuah agensi media di China. Becky mula serius sebagai seorang blogger dalam bidang fesyen pada tahun 2015 dan seterusnya mengambil keputusan untuk berundur dari kerjayanya dan menjadi blogger sepenuh masa.

Siapa sangka kerjaya sebagai blogger fesyen mampu melonjak nama Becky sehingga beliau mampu mempunyai seramai lebih 3 juta pengikut di Weibo dan 4.5 juta pengikut di blog WeChat. Becky bukan geng WeChat biasa-biasa buktinya nama Becky Li sekali lagi mencipta kejutan dalam masyarakat di China apabila Julai tahun lepas beliau berjaya menjual 100 buah Mini Cooper Countryman dalam masa 5 minit sahaja melalui WeChat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Model Mini Cooper Countryman edisi terhad yang agak rare berwarna turquoise atau Caribbean Aqua itu dijual dengan harga 285,000 (RM177,000+-) dijual eksklusif untuk pengikutnya di blog Wechatnya, Becky’s Fantasy.

becky li 2

becky li

Peranan Becky sebagai individu yang paling berpengaruh dalam dunia digital telah mengubah pandagan masyarakat China mengenai fungsi media digital di negara itu. Buktinya, netizen sanggup menghabiskan wang mereka untuk membeli apa sahaja barangan yang disyorkan oleh Becky kerana percaya dengan kredibiliti dan pengaruhnya dalam dunia digital di China. Kalau di Malaysia WeChat digunakan untuk apa ya?