Star Wars: The Rise of Skywalker telah ditayangkan di pawagam seluruh dunia. Ia telah berjaya menarik pelbagai reaksi bercampur-baur dari pengkritik, manakala peminat dilihat lebih menikmati.

Walau bagaimanapun, ada kisah menarik dari seorang peminat dari Filipina yang berseragam Starfleet dari filem Star Trek sambil bergambar bersama dengan poster Star Wars.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kejadian yang berlaku pada 2017 ini mendapat beberapa kecaman dari netizen, tetapi ada juga beberapa netizen yang menerima ‘lawak halus’ dari wanita ini.

Screenshot 2019-12-24 at 2.16.41 PM

Beliau memberitahu GMA News bahawa idea terbabit hadir ketika beliau sedang duduk melepak bersama kawan-kawannya dan mereka mencetuskan idea ini untuk beliau.

Dia juga menggambarkan dirinya sebagai peminat Star Wars 49%, peminat Star Trek 49%, lapor GMA News.

Pada filem Star Wars kali ini, Nerd Rage PH sengaja memuatnaik kembali gambar tersebut bagi menambah kemeriahan filem Star Wars : The Rise Of Skywalker.

Walaupun wanita ini telah menonton filem terbabit, tetapi dia juga tidak mahu terlepas apabila ada Nerd Rage PH menawarkan tiket percuma untuknya.

Sebelum ini ada kejadian semasa pengambaran filem Star Wars yang memaksa pihak Disney masuk campur. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Skrip Star Wars Hampir Dijual Di eBay Selepas Pelakon Utama Cuai Tinggalkan Di Bawah Katil

Tonton Trailer Terakhir Star Wars: The Rise of Skywalker

Sumber