Australia merupakan antara negara yang menawarkan pelbagai tarikan seperti Sydney Harbour Bridge, Great Barrier Reef, Fraser Island dan banyak lagi. Akan tetapi, kemasukan ke Australia kini makin ketat berikutan beberapa isu yang terjadi di sana.
Malah, pasti anda pernah mendengar cerita berkenaan rakyat Malaysia yang menginap di Australia lebih lama dan bekerja sebagai pengutip buah secara haram di sana. Berikutan itu, persepsi kepada rakyat Malaysia telah berubah dan menyukarkan rakyat Malaysia lain yang ingin melancong ke Australia.
Melalui satu perkongsian pengguna Twitter, Reen telah berkongsi bagaimana dia dan lima lagi rakannya telah dinafikan hak untuk berlepas ke Perth, Australia kerana persepsi buruk yang dibawa oleh Rakyat Malaysia yang menetap dan bekerja secara haram di sana.
Sampai turn kiteorg, Airasia ground staff scanned my ticket, and put a cross in a paper which written there my sequence number and terus point i dkt security. I mcm apebenda ni, i ada buat jenayah ke? Mmg blur gila. But Syiro sblh i lepas tp bila dia duduk dgn i, dia skali kene
— Reen (@reenzahari) August 6, 2019
Untuk pengetahuan anda, kesemua kelengkapan mereka telah diuruskan daripada segi kelulusan visa, penginapan, dan tiket penerbangan tambang murah. Malah, jika pelancong ingin ke New Zealand dan Australia, akan ada satu lagi pemeriksaan keselamatan di pagar P6.
Paling mengejutkan apabila sampai giliran mereka, pegawai yang bertugas telah meletakkan tanda ‘X’ di bahagian nombor dan menyuruh mereka ke bahagian keselamatan. Kemudian, tiba-tiba seorang profilers datang dan mengambil passport mereka, lalu bertanya berapa wang yang mereka bawa untuk ke sana.
Mkcik tu boleh senyum sinis dkt kiteorg semua smbil ckp “that’s not enough, the living expenses in Aussie is very expensive, it’s not like your country” Hello nenek, igt orang Malaysia ni tak cerdik ke? Nenek i dkt kampung pun thu la negara korg mahal. Bragging lebih
— Reen (@reenzahari) August 6, 2019
Mereka membawa AUD $350 setiap seorang dan profilers tersebut mengatakan bahawa kos sara hidup di Australia tinggi tidak seperti Malaysia. Malah, profilers tersebut juga tidak mahu melihat jadual perjalanan yang lengkap beserta harga apabila mereka ingin tunjuk.
Setelah itu, mereka telah cuba meminta bantuan pegawai di sana untuk membantu memujuk profilers tersebut agar membolehkan mereka berlepas tapi masih gagal. Kecewa dengan apa yang telah terjadi, mereka telah mengubah haluan percutian ke Krabi.
Isu ini telah mendapat perhatian ramai pihak di Twitter. Ada yang mengatakan bahawa memang profilers yang ada tegas dan akan bertanya banyak soalan sebelum membolehkan anda boarding.
Her story is legit. Untuk Airasia Australia bound flights memang ada profilers (Australian) dan securities (locals) yang bertugas untuk check your travel documents. These people akan tarik you ke tepi dan check passport you and tanya few questions. https://t.co/ohVD9FQyqQ
— Nadia Azlan (@NadiaAzlan) August 6, 2019
Kalau tengok Bordee Security Australia memang diorang strict sangat. Especially those from China, Thailand, Vietnam. Even Singapore & Malaysia. Plus skrg banyak illegal immigrants dari Malaysia. Paling safe travel with family. Confirm lepas. But not with friends or solo. Susah!
— M.Muha (@maisaamuha) August 6, 2019
Kebiasaanya profilers ini akan aim pelancong muda dan solo, tetapi jika pergi bersama keluarga kebiasaanya akan senang lepas. Malah, kena pastikan membawa wang lebih jika ingin ke Australia.
Jika anda akan ke Australia dalam masa terdekat, semoga perkara ini boleh dijadikan iktibar dan anda boleh bersedia secukupnya. Walaupun segala kelengkapan dan visa telah lengkap, tidak semestinya anda boleh lepas untuk terbang ke Australia kerana anda kena lepasi satu lagi ‘saringan’ keselamatan.
- SUMBER
- Reen Zahari