Umum mengetahui bahawa kos rawatan lasik bukanlah murah dan harga kos rawatan ada yang mencecah sehingga RM6,000 untuk satu mata sahaja. Akan tetapi, ramai yang mahu melakukan rawatan lasik untuk memiliki kembali penglihatan yang baik.

Terbaharu, seorang pengguna TikTok @blackybeasty telah berkongsi pengalamannya mendapatkan rawatan lasik di Mesir. Menerusi perkongsiannya itu, kos rawatan lasik yang dilakukan bernilai RM700 sahaja untuk kedua-dua belah mata.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://www.tiktok.com/@blackybeasty/video/7113117963615620379?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7049159328120784386

Menurut gadis itu, klinik untuk rawatan lasik itu boleh dipercayai kerana boleh dikatakan ramai pelajar Malaysia yang belajar di Mesir membuat rawatan di sana. Malah, harga kos rawatan yang murah juga menjadi faktor dia membuat rawatan di sana.

Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen berasa terkejut dengan harga kos rawatan lasik di Mesir yang boleh dikatakan sangat murah berbanding di Malaysia.

Tidak hanya itu, ada juga netizen bertanya prosedur untuk mendapatkan rawatan lasik di sana dan segelintir pelajar Malaysia di Mesir juga turut bersetuju bahawa harga kos rawatan lasik memang murah di sana.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

‘Sudah Banyak Kali Berlaku Sebelum Ini’ – Penduduk Setempat Minta PBT Segera Tebang Pokok Kelapa

Raih Kutipan Sebanyak Sejuta Ringgit Dalam Sehari, Filem Mat Kilau Dipuji Penonton