Rasa kagum dan bangga melihat seorang anak berjaya menghafal sebuku al-Quran. Lebih kagum apabila 30 juzuk ayat mampu dihafal dalam masa sebulan.

Imelda Fitriani dari Jawa Barat, Indonesia bersekolah di Santriwati Pondok Pesantren Darussalam dilaporkan menangis ketika menerima sijil tamat pengajian dan bergelar sebagai seorang hafizah.

Tomaz Gaming Chair Cover
HYPE
Gaya Kingsman Datang Lagi! Tomaz Blaze X Pro, ‘Gaming Chair’ Premium Pada Harga RM499 Sahaja
Baca lagi →

Menurut laporan Dream, cara yang beliau lakukan sebelum masuk ke sekolah dan kelas khusus menghafal al-Quran adalah dengan membetulkan niat.

“Persiapannya yang pertama adalah niat harus kerana Allah,” ujar Imelda.

Beliau menyatakan cabaran wujud ketika kita mahu melakukan kebaikan tetapi ‘mujur Allah selalu mendorong’ beliau untuk menghafal al-Quran.

Ketua Pondok Pesantren Darussalam, KH Asep Solahuddin menyatakan proses menjadi seorang penghafal al-Quran itu tidak datang dengan mudah.

“Kita latih mereka sejak pertama kali mereka datang ke sini, dari tajwid dan tahsinnya dulu.” Kata gurunya.

Untuk pengetahuan anda, Madinah mengeluarkan hampir 18 juta naskhah al-Quran setahun. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Kilang Percetakkan Al-Quran Di Madinah Ini Mencetak Hampir 18 Juta Naskhah Setahun

10 Aplikasi Al-Quran Kegemaran Rakyat Malaysia

Anda Mungkin Suka