Sebut mengenai mendaki atau hiking pasti ramai anak muda yang menyukainya. Malah, sudah menjadi trend ketika ini di mana anak muda gemar untuk hiking tour di seluruh Malaysia.

Di sebalik menikmati kenikmatan aktiviti hiking, aktiviti ini juga sering kali dikaitkan dengan perjumpaan atau pendengaran entiti misteri sewaktu aktiviti yang dijalankan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

 

Screen Shot 2021-01-03 at 10.29.22 AM
Sumber: Mstar
Screen Shot 2021-01-03 at 10.29.32 AM
Sumber: Mstar

Situasi yang sama turut berlaku buat individu yang dikenali sebagai Lily Jamal bersama ahli keluarganya. Menurut Lily, pendengaran suara aneh ini mulai disedari beliau sebaik sahaja pulang mendaki bukit di Tanjung Tuan, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Menerusi perkongsian Lily Jamal pada mStar, beliau bersama keluarga pada awalnya pergi bercuti di Port Dickson. Sejam sebelum matahari terbenam, sekitar jam 6.30 petang, salah seorang kakaknya secara spontan telah mengajak Lily Jamal untuk mendaki bukit bersama.

Screen Shot 2021-01-03 at 10.29.39 AM
Sumber: Mstar

Beliau yang pada awalnya menolak kerana berasa tidak sedap hati, nampaknya turut mengikuti permintaan kakaknya mendaki bukit. Aktiviti yang dijalankan mulai menjadi aneh apabila Lily Jamal sesat seketika sewaktu mendaki bukit. Beliau mulai menyedarinya apabila melihat seolah terlalu banyak jalan untuk dilalui.

Gadis berusia 19 tahun ini memilih untuk pejamkan mata, duduk di tepi dan bertenang seketika sehingga kakaknya menghampiri beliau.

https://twitter.com/kusenandungkan/status/1343920474410024963

Situasi yang menjadi lebih misteri dan menakutkan apabila video yang dirakam kakaknya daripada belakang beliau seolah dihadiri suara garau lelaki.

Berdasarkan video yang dikongsikan di Twitter, jelas didengari suara misteriyang menyebut “dia” dan “ala dia tak nampak la”. Apa yang lebih menakutkan, aktiviti mendaki bukit mereka tidak disertai oleh orang lain dan cuma adik-beradik perempuan sahaja.

Perkongsian wanita ini di Twitter sekaligus telah menimbulkan pelbagai persoalan di kalangan netizen serta berjaya meraih lebih 7.2 ribu retweets dan 14,000 likes.

Berdasarkan perkongsian yang dibuat, dapat dilihat beberapa netizen lain turut mengongsikan pengalaman seram mereka di Tanjung Tuan yang dianggap ‘keras’ dan misteri.

Tular pada minggu ini apabila kotak berhantu Dybbuk Box didakwa menjadi penyebab YouTuber PrinceMeed diganggu entiti misteri.

Mungkinkah ‘Kotak Berhantu’ Ini Jadi Penyebab PrinceMeed Diganggu Entiti Misteri?

Dakwa Neelofa Miliki Gangguan Personaliti Narsistik, Teori Lelaki Ini Jadi Bualan Netizen