Semalam, kecoh di media sosial apabila Janna Nick telah menghina Lisa BlackPink dengan mengaitkan nama tidak baik. Kenyataan tersebut telah mengundang kemarahan netizen terutama sekali peminat Lisa BlackPink.

Lantaran kontroversi hangat itu, ada netizen mendakwa pelajar Malaysia di Korea telah dikeluarkan daripada group WhatsApp mereka. Menerusi laporan, dikatakan bahawa pelajar Malaysia di sana terkesan berikutan komen yang berunsur provokasi itu.

jail

Sejauh mana kebenaran perkongsian tersebut? Menerusi sebuah video di TikTok, seorang pelajar Malaysia di Korea telah menafikan isu pelajar dipulau oleh rakyat Korea.

Menurut pelajar tersebut, keadaan pelajar Malaysia di Korea baik sahaja dan tiada salah faham berlaku atau pun dipulau kerana isu panas yang melibatkan Janna Nick.

@jpbrinx

Reply to @shinminrin_07 all is well from the land of kimchi

♬ original sound – Sabrina 리나 – Sabrina 리나

Sebelum menyebarkan sesuatu perkara, diharap anda dapat menyiasat terlebih dahulu dan tidak mengeruhkan lagi keadaan. Apa pendapat anda akan maklumat palsu yang berlegar-legar di media sosial berhubung perkara ini?

Bagi anda yang terlepas berita ini, klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Janna Nick Tutup Akaun Instagram Dan Twitter Selepas Didakwa Persenda Artis K-Pop

Pernah Label Netizen ‘Loser’, Janna Nick Menangis Minta Maaf Dan Kesal Gaduh Dengan Netizen

Padah Perlekehkan Guru Dalam Video TikTok, Penyampai Radio Ini Sah Berhenti Kerja