Sekiranya anda masih ingat lagi pada Jun lalu, kampung di Pitas, Sabah tular apabila Veveonah Mosibin selaku pelajar dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) terpaksa memanjat pokok di kampungnya semata-mata untuk mendapatkan capaian internet yang baik dalam membolehkan beliau menjalani ujian.

Kisah Veveonah Mosibin ini bukan sahaja menarik perhatian para netizen malah turut menjemput ahli politik serta pihak bertanggungjawab untuk melawati kampungnya dalam usaha memberi bantuan serta menawarkan rangkaian internet yang lebih baik.

200617-veveonah-exam-student
Sumber: Soya Cincau

Dalam pada itu, siapa sangka dakwaan yang dibuat pelajar ini yang sanggup naik atas pokok demi merakam kisah peritnya hanyalah sekadar hiburan dan suka-suka. Apa yang lebih mengejutkan, siasatan menunjukkan Veveonah tidak mempunyai sebarang peperiksaan sewaktu rakaman dibuat.

Kenyataan ini telah disahkan oleh Datuk Zahidi Zainul Abidin selaku Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia melalui rancangan Kementerian untuk memastikan liputan jalur lebar dipertingkatkan dari segi kelajuan dan keluasan liputan merangkumi seluruh Malaysia. Anda boleh tonton soal jawab YB Datuk Zahidi mengenai isu Veveonah pada minit ke 8.10.

“Veveonah merupakan seorang YouTuber dan tidak ada peperiksaan. Kita dah semak dah. Dia hanya YouTuber untuk ambil nama, dia terkenal sekejap dan dia buat hanya untuk hiburan.

“Ini perbuatan yang kadang-kadang kita tertipu dan kadang-kadang kita jangan mudah tertipu dengan Youtuber untuk membuat isu.

“Jadi, kita minta pihak berwajib yang tidak ada line atau blind spot, maklumkan pada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan kita akan segera atasi masalah tersebut terutamanya dari segi pendidikan,” katanya.

Susulan perkongsian video kisah perit beliau di kampung juga turut mengundang pihak TM untuk menawarkan internet sehingga 300Mbps di kampung beliau pada Jun lalu.

Berdasarkan isu yang berlaku, timbul pula sebuah kekhilafan dimana Veveonah sebelum ini pernah mendakwa beliau terpaksa naik ke atas pokok untuk menjawab ujian dan bukanlah peperiksaan seperti yang diumumkan pihak Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia mengenai soal peperiksaan.

Kemas kini: Datuk Zahidi telah memaklumkan beliau telah menerima maklumat yang tidak tepat mengenai isu Veveonah. Beliau juga akan tampil membuat pembetulan  di Dewan Negara Isnin ini. Datuk Zahidi juga berharap Veveonah terus maju dalam setiap bidang yang diceburi. Anda boleh baca kemas kini artikel terbaru mengenai isu ini dengan klik di sini.

Ketahui lebih lanjut mengenai kisah Veveonah yang tular pada Jun lalu sehingga mendapat lawatan daripada pihak TM. 

Jawab Peperiksaan Sambil ‘Camping’, Pelajar Ini Kongsi Cabaran 24 Jam Atas Pokok Di YouTube

TM Lawat Gadis Jawab Peperiksaan Atas Pokok Di Sabah

Sumber