Sejak penggunaan servis kurier meningkat semasa pelaksanaan lockdown ini, ada yang tidak bernasib baik apabila barangan yang dihantar telah rosak, tertukar atau lebih teruk lagi ia terus hilang tidak dapat dikesan oleh mana-mana pihak.

Baru-baru ini tular satu ciapan seorang pengguna Twitter meluahkan perasaan kecewa terhadap sebuah syarikat servis kurier apabila kotak bungkusan berisi pelbagai jenis makanan snek untuk teman lelakinya yang sedang kuarantin kendiri telah dibuka dan digantikan dengan barangan-barangan asing oleh pekerja syarikat tersebut.

https://twitter.com/Schaza_Izzati/status/1423300228120076288?s=20

Jika dilihat pada gambar asal sebelum kotak bungkusan makan tersebut dihantar, pelbagai jenis snek ringan ‘ternama’ telah disusun rapi oleh gadis itu. Tetapi apabila teman lelakinya menerima dan membuka bungkusan tersebut, alangkah terperanjatnya apabila barangan di dalam kotak tersebut bertaburan serta siap digantikan dengan botol susu dan permainan kanak-kanak.

Ciapan tersebut telah mendapat perhatian pengguna Twitter yang lain yang turut rasa simpati dan geram dengan pekerja syarikat kurier tersebut yang tidak amanah dan sanggup menukar barangan yang ada di dalam kotak bungkusan tersebut.

Menurut gadis tersebut, walaupun ada sebahagian netizen menyatakan barangan dicuri cumalah makanan snek tetapi ia sangat bermakna buat seseorang yang perlu kuarantin kendiri di rumah.

Setakat artikel ini ditulis, gadis ini telah retweet semula ciapan orang ramai yang berkongsi pengalaman sendiri bagaimana kotak bungkusan yang mereka hantar turut dirosakkan oleh sebahagian pekerja servis kurier yang tidak amanah.

Rata-rata ramai yang hampa dan mahukan pengadilan serta ganti rugi dari syarikat servis kurier tersebut atas kerugian yang mereka alami selama menggunakan servis dari syarikat tersebut.

Baru-baru ini seorang lelaki hanya menerima jagung buruk setelah baju berharga RM1,500 telah ditukar oleh pekerja servis kurier.

Beli Baju RM1,500 ‘Dapat’ Jagung Buruk, Lelaki Ini Luah Kekecewaan Terhadap Pekerja Servis Kurier

Diminta Bayar RM279 Sewaktu COD, Wanita Ini Dedahkan Taktik Terbaru ‘Scammer’

Sumber