Awal minggu ini tular di media sosial kisah seorang gadis Nur Athirah yang kehilangan motosikal ketika membuat perkhidmatan penghantaran makanan. Kecurian itu dilaporkan berlaku di Giant Batu Caves ketika beliau masuk ke dalam pasaraya berkenaan untuk mengambil pesanan pelanggan sebelum dihantar.

Kisahnya itu mula tular di media-media sosial dengan rakan dan kenalannya mula berkongsikan info mengenai kecurian agar ia dapat ditemui kembali. Kisahnya juga selepas itu turut mendapat perhatian portal-portal arus perdana dalam negara yang melaporkan mengenainya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Capture
Athirah bersama motosikal yang digunakannya sebelum ini.

Walaupun motosikalnya sehingga kini difahamkan belum ditemui, namun beliau mungkin boleh menarik nafas lega buat seketika apabila dilaporkan telah menerima sumbangan yang sangat berharga daripada Tengku Permaisuri Selangor pada semalam.

Sumbangan yang berupa motosikal jenis Yamaha 135LC (model sama dengan yang hilang) sebelum ini disampaikan oleh Juruiring Polis (ADC) kepada DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Inspektor Noor Hidayu Aziz.

“DYMM Tengku Permaisuri Norashikin berharap dengan sumbangan ini Nur Athirah akan dapat kembali meneruskan kerja harian dengan sempurna seterusnya membantu keluarga.

“Titah Baginda lagi, di waktu kita semua sedang diuji dengan pelbagai dugaan ketika ini, Baginda amat berharap agar masyarakat di luar sana lebih bersifat perikemanusiaan dan bertimbang rasa di antara satu sama lain,” tulis kenyataan di Facebook Selangor Royal Office pada semalam.

Nur Athirah menerusi laporan Harian Metro difahamkan baru sahaja menjadi penghantar makanan menggunakan motosikal yang dibelinya pada Julai lalu.

Beliau sebelum ini mejelaskan bekerja sebagai pemandu e-hailing namun terpaksa menukar pekerjaan kerana tidak mampu membayar sewa kereta.

Baca juga perkongsian semasa dalam dan luar negara yang lain daripada kami melalui pautan di bawah. 

Pencarum KWSP Boleh Keluarkan RM500 Sebulan Daripada Akaun 1 Mulai Januari 2021

Restoran Nasi Kandar Berkonsepkan ‘Drive Thru’ Bakal Dibuka Di Pulau Pinang

Kecewa Dan Tertekan Diberhentikan Kerja, Bekas Pengurus Maut Selepas Rempuh Kilang