Kisah ibu atau bapa terputus hubungan dengan anak-anak sendiri bukanlah sesuatu lagi yang jarang didengari dalam kalangan masyarakat di negara kita. Boleh dikatakan hampir setiap tahun akan ada sahaja kisah atau perkongsian yang dibuat netizen di media sosial mengenai kisah menyayat hati ini.

Bagaimanapun setiap kali kisah ini dibicarakan atau dikongsikan netizen di media sosial ianya pasti meruntum hati sesiapa sahaja yang membacanya kerana kejadian itu walau apa sekalipun puncanya tidak sepatutnya berlaku sama sekali.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Seperti perkongsian yang dibuat pengguna Twitter @Nafeesya tentang pertemuan beliau dengan seorang lelaki yang difahamkan tinggal sebatang kara di Perak melalui satu untaian (thread) yang dibuatnya pada semalam.

Pertemuan secara tidak sengajaย  dengan pak cik tersebut bermula ketika beliau dalam perjalanan untuk mengambil rakannya di Amanjaya beberapa hari lalu setelah lelaki tersebut meminta untuk menghantarnya ke rumah di Kg Temin, Perak.

1

“Lepas dia beritahu rumah dia dekat Kg Temin, saya pun blur kejap dan tidak sangka kampung tu berdekatan Sungai Siput. Pak cik tu sudah naik kereta.

“Takkan saya nak cakap tak boleh hantar, tak sampai hati. Akhirnya terus Waze Hospital Sungai Siput.

“Dalam hati sudah tawakkal niat memang nak tolong pak cik ni tapi andai kata ada benda tak elok nak jadi, tak tahu lah nak cakap apa,” kongsinya.

2

Wallahuallam anak-anak di mana

Walaupun pada mulanya beliau dan rakan-rakan sedikit risau dengan keputusan yang dibuat itu, namun segalanya berubah apabila mereka memulakan perjalanan ke rumah lelaki tersebut.

Meyifatkan pak cik tersebut sebagai seorang yang suka bercerita (dan juga menyanyi nasyid) ketika dalam perjalanan pulang, lelaki yang ditumpangkan itu mula berkongsi sedikit sebanyak mengenai keluarganya dimana beliau sebenarnya mempunyai empat orang anak lelaki dan dua orang anak perempuan.

“Pak cik tu ada cakap, ‘biasa lah anak-anak bila dah kahwin, kita sudah tiada hak ke atas anak-anak.

“Saya terkedu bila dia cakap macam tu, kesian dan rasa sebak tengok dia hidup berseorangan.

https://twitter.com/Nafeesya1/status/1308314407408005121?s=20

Setibanya di lokasi rumah pak cik tersebut, kisah yang dikongsikan beliau kemudiannya bertambah sayu apabila rumah yang didiami lelaki itu berada dalam kawasan hutan.

Malah kawasan tersebut juga difahamkan tidak mempunyai lampu jalan dan mereka sekawan terpaksa membantu menyuluh jalan ke rumah pak cik tersebut menggunakan lampu kereta.

https://twitter.com/Nafeesya1/status/1308315318033330176?s=20

https://twitter.com/Nafeesya1/status/1308316373605470209?s=20

Perkongsian itu kemudiannya mendapat hampir 30,000 retweet dengan rata-rata netizen turut meluahkan rasa simpati terhadap nasib yang menimpa lelaki tersebut.

Walaupun ada yang baru pertama kali mendengar kisah pak cik tersebut namun beliau sebelum difahamkan pernah tular dan mendapat perhatian daripada orang ramai yang tampil menjelaskan beliau pernah dibantu sebelum ini.

https://twitter.com/IntangYusof/status/1308387760269455360?s=20

Walaupun begitu, kisah yang kembali dikongsika n kembali itu masih lagi mendapat perhatian netizen dengan hampir kebanyakan mereka tidak dapat menahan perasaan sayu dan sedih bila mendengarnya.

Baca juga kisah gelandangan ini yang bertemu kembali dengan keluarganya selepas 20 tahun terpisah melalui satu laporan berita yang disiarkan di TV3 sebelum ini di pautan di bawah.ย 

Berita TV3 Temukan Kembali Keluarga Dengan Gelandangan Terpisah Lebih 20 Tahun

Dua Kali Menunggu Namun Tiada Yang Menjemput, Jejak Kasih Gelandangan Ini Berakhir Hiba

Sumber