Siapa saja tidak kenal dengan ‘gadis Trivago’ atau nama sebenarnya Dahlia Shazwan yang selalu membuat kemunculan dalam iklan-iklan diterbitkan syarikat itu di kaca TV sebelum ini.

Beliau yang juga merupakan pengacara untuk beberapa rancangan TV bagaimanapun mengumumkan tidak lagi menjadi jurucakap untuk iklan Trivago selepas bersama mereka sejak daripada 2016 lagi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Selain tidak lagi bersama Trivago, mungkin ramai dalam kalangan peminat yang pernah menonton iklan dan rancangannya sebelum ini juga perasan bahawa beliau sudah pun mengubah penampilannya dan kini tampil dengan imej bertudung.

https://www.instagram.com/p/B96nzOJlBc1/?utm_source=ig_web_copy_link

Beliau yang kini tampil dengan imej muslimah itu juga turut mempunyai channel YouTube sendiri yang mula aktif sejak pertengahan April yang lalu.

Menariknya, konten-konten yang dikongsikan Dahlia bersama pengikutnya juga memaparkan mengenai perubahannya untuk bertudung.

Antaranya ialah Dahlia berkongsi antara cabaran yang paling rumit untuk dihadapi bagi mereka yang melakukan penghijrahan untuk bertudung iaitu transformasi pakaian daripada tidak menutup aurat ke menutup aurat.

Dalam video Dari wardrobe ‘NON-HALAL’ ke Muslimah yang dimuat naik beberapa hari lalu, Dahlia bukan sahaja berkongsi perubahan atau transformasi wardrobe yang dilakukannya tetapi turut memberikan tips-tips buat mereka yang baru bermula untuk bertudung seperti beliau.

“First, you jangan letak baju-baju yang seksi tu sekali dengan baju-baju tutup aurat tu. Maksudnya kalau ada singlet atau hot pants jangan letak sekali dalam almari yang ada baju muslimah.

“Sebab nanti kalau kita tengok kita macam akan cakap “rindunya nak pakai”,”kongsinya dalam video tersebut.yang turut menampilkan suaminya.

Selain mengasingkan pakaian menutup aurat dengan tidak menutup aurat, Dahlia juga turut berkongsi beberapa tips lain dan turut bercerita tentang pengalamannya bertudung dan memberikan bayangan beberapa sebab yang membuatkan dirinya mengambil keputusan untuk berhijab.

Tonton perkongsian penuh di bawah.

Berbicara tentang tudung, dUck mungkin boleh dianggap antara jenama yang paling diikuti di luar sana. Namun sejak kebelakangan ini mereka sering ‘terpalit’ dengan dakwaan-dakwaan daripada netizen. Baca perkongsian kami sebelum ini untuk mengetahui lebih lanjut. 

Selepas Soonaru, Pelukis Ilustrasi Ini Pula Dakwa Karyanya Ditiru FashionValet

dUCk Scarves Kantoi Tiru Idea Jenama ‘Indie’ Tempatan?

Stapler ‘dUCk’ Berharga RM80 Kembali Hangat Diperkatakan Netizen