Sebut mengenai Hafizh Syahrin pastinya peminat sukan permotoran akan mengenalinya. Berjaya menjadi anak tempatan yang mewakili sukan MotoGP dan kini Moto2 sekaligus mengeasahkan kehebatan beliau dalam sukan permotoran.

Terbaharu, beliau sekali lagi dilaporkan ‘meletup’ di akaun Instagram beliau selepas meluahkan kekecewaan terhadap pihak Imigresen Malaysia selepas isteri beliau dimaklumkan gagal untuk mengikuti beliau menyertai perlumbaan di Eropah.

Difahamkan pengalaman perlumbaan lalu benar-benar membuka mata beliau untuk memastikan salah seorang individu yang dekat dengan beliau berada bersama.

ezgif-4-ad14fa5e308f
Sumber: Instagram Hafizh syahrin

Beliau juga turut mendakwa bagai meminta sedekah terhadap Imigresen Malaysia sedangkan beliau berlumba demi Malaysia. Hafizh Syahrin juga turut mengakui terpaksa mengeluarkan modal sendiri untuk berlumba.

Difahamkan sebab pihak Imigresen Malaysia tidak membenarkan isteri Hafizh Syahrin berangkat ke Eropah berikutan situasi negara yang diserang dengan pandemik COVID-19 serta perlaksaanan sekatan pergerakan penuh dalam membendung perjalanan ke luar negara dihadkan.

Menerusi situasi yang berlaku, para netizen nampaknya turut melemparkan pelbagai komen di mana terdapat pihak yang menyokong tindakan Hafizh Syahrin dan terdapat netizen yang kurang bersetuju dengan beliau.

Screen Shot 2021-06-02 at 10.39.55 AM
Sumber: facebook Harian Metro
Screen Shot 2021-06-02 at 10.39.41 AM
Sumber: facebook Harian Metro
Screen Shot 2021-06-02 at 10.54.05 AM
Sumber: Facebook Harian Metro

Menerusi rekod terbaru, Hafizh Syahrin berjaya menamatkan perlumbaan Moto2 Grand Prix (GP) Itali di kedudukan kesembilan, Ahad lalu. Sama-sama kita doakan semoga lebih banyak kejayaan berjaya diperoleh pelumba negara ini.

Tular pada minggu ini apabila N’golo Kante dilihat singgah memakan nasi lemak sebelum perlawanan akhir Champions League di mana pasukan beliau berjaya menjadi juara.

N’golo Kante Dilihat Singgah Makan Nasi Lemak Sebelum Perlawanan Akhir Champions League

Aksi Luar Biasa Hafizh Syahrin Selamatkan Motosikal Buat Netizen ‘Mat Salih’ Tergamam