Pada 22 Julai tahun lalu, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak perlu membayar tunggakan cukai tambahan LHDN bagi tempoh 2011 hingga 2017 berjumlah RM1.69 bilion, selepas membenarkan permohonan LHDN untuk memasukkan penghakiman terus terhadapnya.

Untuk pengetahuan anda, penghakiman terus ialah apabila mahkamah memutuskan kes tertentu melalui hujahan tanpa mendengar keterangan saksi dalam perbicaraan.

Kini, kerajaan telah memfailkan notis kebankrapan pada 4 Februari 2021 terhadap Datuk Seri Najib kerana gagal membayar cukai pendapatan berjumlah RM1.69 bilion seperti yang diputuskan Mahkamah Tinggi pada Julai tahun lalu.

Cropped-1593525254G20200630 Najib Razak KL High Court
Sumber: Asia Nikkie

Menerusi notis berkenaan, Datuk Seri Najib perlu membayar RM1.69 bilion dengan 5% kadar faedah setahun atas jumlah baki dari 22 Julai 2020 (tarikh keputusan Mahkamah Tinggi) hingga 4 Februari 2021 iaitu RM45.9 juta serta kos RM15,000 dan setakat 4 Februari 2021, jumlah itu menjadi RM1,738,804,204.16.

Menurut laporan, peguam Muhammad Farhan Muhammad Shafee yang mewakili Datuk Seri Najib berkata mahkamah menetapkan 5 Mei ini untuk pengurusan kes itu dan pihaknya telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di Mahkamah Rayuan pada 16 Jun.

Mahkamah Tinggi Sivil telah menetapkan 11 Jun untuk mendengar permohonan Datuk Seri Najib untuk menangguhkan perintah Mahkamah Tinggi itu. Mengikut Seksyen 103(2) Akta Cukai Pendapatan 1967 (ITA), seseorang yang diperintahkan membayar hutang itu perlu menjelaskan bayaran itu kepada LHDN walaupun beliau memfailkan rayuan.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Ketua Sindiket Kartel Projek Kerajaan Ditahan, ‘Aset’ Bernilai RM148.2 Juta Disita

Gara-Gara Selebriti Langgar SOP, Surat Pelepasan Negeri Diperketatkan Dengan Laporan Itinerari?

Sumber