Setakat hari ini, tiada satu pun teori dari Flat Earth Society yang berjaya membuktikan bahawa bumi ini betul-betul rata seperti yang mereka percaya.

Yang ada hanya cerita kegagalan mereka dalam membuktikan kepercayaan mereka. Kisah kali ini adalah mengenai pasangai Flat Earth yang berasal dari Venice.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Mereka memulakan pengembaraan mereka untuk mencari kepastian adakah benar bumi ini bulat atau rata di tengah-tengah lockdown wabak COVID-19 dengan berlayar menggunakan kapal ke Sicily, Itali, yang dipercayai sebagai penghujung dunia.

Salvatore Zichichi dari Pejabat Kesihatan Maritim Kementerian Kesihatan memberitahu La Stampa bahawa pasangan ini meninggalkan Veneto semasa perintah penguncian dilaksanakan di Lampedusa.

“Di Termini Imerese mereka menjual kereta mereka dan membeli kapal. Bagi mereka, Lampedusa (sebuah pulau di Kepulauan Pelagie Itali di Laut Mediterania) adalah hujung bumi.”

Sebelum sampai ke destinasi mereka, kedua pasangan ini menghadapi pelbagai dugaan yang akhirnya memberikan mereka kekecewaan.

Pertama, perjalanan yang dilakukan di tengah-tengah penguncian akibat wabak COVID-19 di mana semua orang disarankan untuk tinggal di dalam rumah. Ini menjadikan perjalanan mereka untuk merentas sempadan antarabangsa sukar kerana terdapat banyak peraturan yang diterapkan oleh setiap negara.

Dengan menggunakan kompas, pasangan itu berangkat dengan kapal dan berusaha mencari jalan untuk menuju ke Kepulauan Pelagie dengan tujuan untuk sampai ke Lampedusa, lapor La Republica.

Tidak sempat tiba di Lampedusa, mereka tersesat di tengah lautan, keletihan dan terdampar di Ustica. Mereka diselamatkan oleh pihak berkuasa dan diminta untuk mengkuarantinkan diri.

Namun, disebabkan misi mereka belum selesai, mereka melarikan diri dari pusat kuarantin dan menyambung pelayaran mereka. Setelah tiga jam belayar, pasangan itu ditahan kembali oleh pihak berkuasa tempatan.

Dengan perasaan kecewa, mereka akhirnya memutuskan untuk kembali ke Venice dan misi mereka untuk membuktikan bahawa Bumi ini rata gagal.

Sering menjadi topik perdebatan, kami rungkaikan pengasas sebenar teori ‘Flat Earth. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Sering Menjadi Topik Perdebatan, Kami Rungkaikan Pengasas Sebenar Teori ‘Flat Earth’

Sumber