Datuk Aliff Syukri kini mencari penyewa bagi rumah miliknya di Pavillion, Kuala Lumpur susulan kegagalan beliau menjual premis berharga RM6 juta terbabit.

Jutawan kosmetik yang terkenal dengan pelbagai kontroversi terbabit meluahkan hasratnya di laman Instagram miliknya.

Rancangan asal beliau pada mulanya adalah untuk menjual rumah terbabit pada harga RM6 juta, namun disebabkan pandemik dan COVID-19, sukar untuknya mencari pembeli.

Susulan daripada itu, beliau mengambil inisiatif lain untuk menyewa rumah apartment berdekatan Pavillion dan Bukit Bintang itu pada harga yang lebih murah daripada asal.

https://www.instagram.com/p/CL_yw8WpT4l/

Katanya, sewa bulanan rumah tersebut adalah sekitar RM28,000. Namun selepas mengambil kira situasi semasa dan keadaan ekonomi, beliau menawarkan diskaun hingga 50%.

“Kesian saya tunggu pembeli-pembeli tak kunjung tiba. Sedih sangat saya sebabnya nak jual rumah apartment saya di Pavillion Bukit Bintang ni. Akan tetapi sebab musim PKP tak ada orang yang mampu membeli rumah ni.

“Padahal saya dah jual murah daripada nilai pasaran hanya RM6 juta berkelengkapan penuh (fully furnished),” katanya.

Kata Aliff lagi, rumah tersebut betul-betul di atas Pavillion dan boleh turun sahaja jika ingin membeli belah dan makan.

“Rumah ni betul-betul bawah Pavillion jadi kalau nak shopping beg Gucci, LV ka Prada ka turun ja bawah lift dah sampai,” katanya.

Didakwa manipulasi dan tipu Wani Chomel, ini penjelasan Aliff Syukri. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Didakwa Manipulasi Dan Tipu Wani Chomel, Ini Penjelasan Aliff Syukri

Diperli Bayar Zakat Lebih RM50,000, Amil Cerita Sisi Sebenar Aliff Syukri

Selepas Dimarahi Ibu, Lagu Aliff Syukri Raih Lebih 60,000 ‘Dislike’ Di YouTube