Isu berkenaan Foodpanda masih lagi hangat diperkatakan gara-gara CEO syarikat tersebut membuat sebuah kenyataan kepada pihak media yang menimbulkan ketidakpuas hatian dikalangan penunggangnya dan netizen masih lagi belum reda sehingga ke hari ini. Anda boleh baca artikel berkenaan di sini.

Baru-baru ini, tular pula sebuah video yang dimuat naik di akaun Facebook Info Roadblock JPJ /Polis, di mana menunjukkan seorang rider Foodpanda cuba meragut seorang wanita. Kejadian difahamkan berlaku di kawasan Mont Kiara, Kuala Lumpur.

Kejadian tersebut berjaya dirakam oleh CCTV berdekatan menunjukkan penjenayah itu memakai pakaian seragam Foodpanda yang berwarna merah jambu sambil membawa beg penghantaran makan.

Difahamkan suspek hanya menyamar sebagai rider penghantaran untuk syarikat tersebut.

Insiden ini sememangnya memberikan nama buruk untuk Foodpanda dan penunggang-penunggangnya yang lain.

Video berkenaan teleh menerima lebih 70,000 views di laman Facebook tersebut.

Rata-rata netizen meninggalkan kecaman kepada rider tersebut dan ada juga yang ‘menasihati’ manga ragut berkenaan supaya lebih berhati-hati dan jangan terlalu cuai.

Lagi artikel berkaitan dengan Foodpanda untuk bacaan anda. Klik pautan di bawah untuk maklumat lanjut.

Pengarah Urusan Foodpanda Tidak Kisah Jika ‘Rider’ Tinggalkan Servis Mereka

Tanda Sokongan Kepada ‘Rider’, Kempen Boikot Foodpanda Trending Di Twitter

Rating Foodpanda Di Play Store Jatuh Menjunam Gara-Gara Diserang Netizen