Hari yang mengejutkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak apabila Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu gagal memperoleh majoriti sokongan kepada usul undi percaya terhadapnya pada hari ini.

Berdasarkan laporan usul berkenaan dikemukakan ADUN Pengkalan Baru, Datuk Abdul Manaf Hashim daripada parti Barisan Nasional, pada sidang berlangsung pagi ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Lebih mengejutkan ramai, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu hanya berjaya memperoleh 10 ADUN yang menyokong beliau manakala 48 ADUN lagi menolak dan satu undi rosak telah diterima.

Berikutan keputusan itu, kedudukan Ahmad Faizal yang juga Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sebagai Menteri Besar Perak menjadi tanda tanya.

Berikutan itu, beliau memohon membawa usul dan mengemukakan resolusi mengikut Perintah-Perintah Tetap 26 (1) dibaca bersama Perintah Tetap 27 (3) Dalam Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan.

Sehubungan dengan isu panas yang berlaku, sidang perbentangan budget bagi 2021 telah ditangguh ke hari Rabu hadapan. Hal ini membolehkan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menghadap Sultan Nazrin Shah untuk perbincangan lanjut.

Tular pada minggu ini apabila seorang lelaki di Perak telah dikompaun selepas memaki dan meludah pekerja kedai serbaneka.

Lelaki Di Perak Dikompaun Selepas Maki Dan Ludah Pekerja Kedai Serbaneka

Tersesat Dari Selangor Ke Perak, Lelaki Ini Kongsi Bagaimana Bapanya Diselamatkan ‘Good Malaysian’