Sebelum ini, Sajat dilaporkan mahu melelong banglo miliknya yang terletak di Kota Damansara dengan harga RM9.5 juta dan iklan penjualan rumahnya dilakukan melalui Instagram miliknya.

Terbaharu, Sajat menyiarkan poster dengan tawaran harga banglo baharunya pada RM7 juta dimana turun daripada harga jualan sebelum ini RM9.5 juta, namun orang ramai masih tidak berminat.

Baca Juga:

Menurut perkongsiannya di akaun Instagram miliknya itu, Sajat turut menawarkan perkhidmatan sewa banglo dua tingkat dengan bayaran bulanan RM23,000 sebulan.

Dalam entri itu juga dinyatakan bahawa harga masih boleh dirunding mengikut budi bicara kedua-dua pihak. Selain itu, pembeli yang berminat akan menerima perkhidmatan guaman percuma dan pengurusan pinjaman bank.

Pada Februari lalu, usahawan kontroversi, Muhammad Sajjat Kamaruz Zaman itu memaklumkan bahawa dia sudah menukar jantinanya kepada wanita secara sah di Australia.