Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah mengerahkan kira-kira 122 anggota dan pegawai penguatkuasanya untuk mencari dan menangkap usahawan kosmetik, Sajat.

Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman telah dikenakan waran tangkap tanpa jaminan selepas gagal hadir ke mahkamah pada sebutan semula kesnya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Untuk pengetahuan anda, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam mengeluarkan waran tangkap terhadap Sajat itu atas tuduhan berpakaian seperti wanita sehingga menyebabkan agama Islam dipandang hina.

Setakat ini, Sajat masih belum ditahan dan pihaknya masih mengesan keberadaan Sajat. Malah, pihak JAIS menasihati Sajat untuk memberi kerjasama dan menyerah diri.

Pada 6 Januari lalu, Sajat mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berpakaian seperti wanita. Sajat didakwa melakukan perbuatan itu dalam majlis bacaan Yasin dan solat hajat, 23 Februari 2018 di premis kecantikannya, Nursajat Beauticion, Jalan Serai Wangi G16/G, Seksyen 16, Shah Alam.

Bagi perbuatan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 10(a) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 yang memperuntukkan hukuman tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Tiada Niat Persenda Artis K-Pop, Janna Nick Mohon Maaf Dan Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang

Rentas Negeri Demi Hadir ‘Wedding’ Sahabat Dan Langgar SOP, Influencer Ini Dicari Pihak Polis

Gadis Ini Tolak Dakwaan Pelajar Malaysia Dipulau Di Korea Angkara Janna Nick Persenda Artis K-Pop

Sumber