Sudah menjadi kebiasaan dalam mencari pasangan di mana menyemak latar belakang pasangan antara yang dilakukan sebelum melangsungkan sesebuah perkahwinan.

Dalam pada itu, siapa sangka pengantin di Mahoba, India ini terpaksa mengambil ujian matematik sewaktu hari perkahwinannya. Semuanya hanya kerana pengantin wanita sangsi dengan taraf akademik lelaki berkenaan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut laporan Tribune India, perkahwinan pasangan ini telah diatur antara dua keluarga di mana pengantin perempuan kurang mengenali pengantin lelaki berkenaan.

Difahamkan ujian matematik yang dilakukan hanyalah pertanyaan asas walau bagaimanapun pendidikan lelaki tidak seperti yang dicanang apabila lelaki berkenaan gagal menghafal sifir dua.

Mengetahui helah yang dilakukan, pihak pengantin perempuan memilih untuk tidak meneruskan upacara perkahwinan meskipun sudah berada dalam majlis.

Situasi tegang yang berlaku telah mendesak kedua-dua keluarga mencapai kata sepakat untuk tidak meneruskan majlis perkahwinan serta menyerahkan kembali kesemua hadiah perkahwinan.

Sering menjadi pilihan di Malaysia, para netizen terkejut apabila kereta ini sekadar menjadi ‘kereta mayat’ di China.

Netizen Terkejut Toyota Alphard Jadi ‘Kereta Mayat’ Sahaja Di China

Ramalan Lelaki Ini Mengenai Tenggelamnya KRI Nanggala 402 Telah Beri ‘Hint’ Kepada Isteri Mangsa

Sumber