Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Jika sebelum ini tular isu pekedai dikompaun gara-gara membuka pelitup muka sewaktu sedang minum air ketika ketiadaan pelanggan, kini isu melibatkan kompaun sekali lagi berulang di Melaka.

Berlaku di sebuah kedai runcit di Batu Berendam, Melaka seorang remaja berusia 17 tahun telah dikenakan kompaun sebanyak RM10,000 kerana gagal mengimbas kod QR melalui aplikasi MySejahtera.

Screenshot 2021-04-16 at 5.31.46 PM
HYPE
Amalkan Gaya Hidup Sihat, Masterchef Beri Tips Untuk Anda Masak Makanan Iftar Yang Berkhasiat
Baca lagi →
mysejahtera-scaled (1)

Gambar sekadar hiasan. Sumber: Focus Malaysia

Lebih menyayat hati, beliau yang pada ketika itu dalam keadaan terburu-buru ke kedai runcit berdekatan rumahnya untuk mendapatkan ubat paracetamol buat ibunya telah ditahan oleh pihak polis yang berpakaian biasa dan dikenakan kompaun tanpa berpeluang menjelaskan situasi yang berlaku.

Tambah pelajar ini lagi, beliau turut mempunyai adik yang masih bersekolah serta gaji bapanya yang tidak banyak serta ibunya yang cuma suri rumah mungkin menyukarkan keluarganya untuk membayar kompaun yang dikenakan.

Walau bagaimanapun, beliau akui faham dengan tugas pihak polis yang sekadar menjalankan tugas serta akan berusaha untuk memohon untuk mengurangkan kadar kompaun bagi meringankan beban ibu bapanya.

.

ASISTEN Komisioner Afzanizar Ahmad. Sumber: NSTP

Isu yang tular ini turut mendapat perhatian Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad yang memaklumkan pelajar berkenaan berpeluang mengurangkan kadar kompaun menerusi rayuan pada pegawai kesihatan Melaka Tengah yang bertanggungjawab.

Sejak kadar kompuan dinaikkan kepada RM10,000 11 Mac lalu, dilaporkan seramai 1,377 individu telah disaman seluruh Malaysia.

Tular pada minggu lalau apabila minyak wangi keluaran Wak Doyok didakwa mempunyai rekaan yang mirip seperti jenama minyak wangi popular dari Paris.

‘Mirip’ Rekaan Jenama Popular, Minyak Wangi Terbaru Wak Doyok Jadi Buah Mulut Netizen

Selepas 28 Tahun, Bekas Atlet Bola Tampar Wanita Indonesia Disahkan Lelaki

Anda Mungkin Suka