Kemalangan di tempat kerja kadangkala boleh berlaku walaupun telah berhati-hati. Terbaharu, pelakon Noorkhiriah telah mengalami kecederaan ringan pada tangan kanannya akibat kemalangan motosikal ketika sesi penggambaran drama berjudul Bosskid.

Insiden tersebut telah dikongsikan oleh Noorkhiriah di Instagram miliknya dan kemalangan berlaku tidak diduganya ketika dia menunggang motosikal terbabit untuk menjayakan satu babak yang dilakonkan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

https://www.instagram.com/p/Cnv9U-opFqd/

Noorkhiriah dipercayai hilang kawalan terhadap motosikal terbabit yang bergerak laju lalu melanggar sebuah kereta yang diparkir di tepi lorong jalan.

Penerbit, Jaja Ishak turut mengakui terkejut menerima perkhabaran kejadian kemalangan melibatkan Noorkhiriah ketika berada di set penggambaran drama terbitannya.

Menurut laporan, dia bersyukur kerana Khiriah tidak mengalami kecederaan yang serius dan telah pun dibawa ke klinik berdekatan untuk menerima rawatan.

“Pihak produksi ada menyarankan Khiriah untuk berehat sekejap. Tetapi bergantung kepada kemampuan dia seandainya yakin boleh melunaskan kerja. Saya okey sahaja dan faham situasi,”katanya.

Pelakon Datuk Fizz Fairuz pula menunjukkan Noorkhiriah berada di dalam keadaan stabil selepas kemalangan itu dan kecederaan pada tangan kanan dialaminya juga sudah dirawat.

Selain Noorkhiriah dan Fizz Fairuz, drama terbitan Jaja Ishak Channel ini turut dibintangi oleh Arash Mohamad, Ummar Dzariff, Syed Mohd Irfan dan Ungku Haris.