Dua lelaki telah dikenakan kompaun masing-masing sebanyak RM1,000 selepas mereka didapati ingkar larangan rentas negeri untuk pulang ke kampung sempena cuti Tahun Baharu Cina dengan menaiki bas tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Perkara tersebut difahamkan terjadi selepas bas berkenaan ditahan polis di sekatan jalan raya (SJR) Kampung Asap, semalam.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut laporan Berita Harian yang memetik ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar, menjelaskan bahawa kedua-dua lelaki berusia 21 dan 29 tahun itu gagal mengemukakan dokumen rentas negeri yang sah ketika pemeriksaan dilakukan di SJR itu.

“Kira-kira pukul 12.40 tengah hari ini pasukan pemantau Op COVID-19 telah membuat pemeriksaan mengejut ke atas sebuah pengangkutan awam dari Selangor menuju ke Kelantan di SJR Kampung Asap di Kilometer 12 Jalan Bentong-Raub.

“Seramai 23 penumpang telah diperiksa dan didapati dua warganegara tempatan tidak mempunyai dokumen rentas negeri yang sah daripada polis,” jelas beliau di dalam satu kenyataan.

Menurutnya, kedua-dua lelaki berkenaan dikompaun kerana telah melakukan kesalahan di bawah Perkara 16 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.

Di samping itu, pihak polis difahamkan akan meningkatkan pemeriksaan ke atas pengangkutan awam khususnya bas ekspres kerana ia didapati digunakan oleh mereka yang nekad merentas negeri tanpa ada kebenaran polis.

Baca perkongsian kami yang terdahulu mengenai 10 individu yang dikenakan kompaun kerana gagal patuh SOP melalui pautan di bawah. 

Tidak Patuh SOP, 10 Individu Makan Semeja Di Shah Alam Dikenakan Kompaun

17 Individu Dikompaun Di Langkawi Selepas Sewa Vila Untuk Sambut Hari Jadi

Sumber