Sebelum ini, perkongsian seorang pelanggan di sebuah restoran di Langkawi yang terkejut harga ikan siakap dipesannya berharga RM1,196.80 telah menjadi buah mulut netizen.

Menurut Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid, peniaga restoran terapung terbabit didapati gagal mengemukakan dokumen perniagaan lengkap seperti dikehendaki Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dalam tempoh yang ditetapkan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Oleh itu, peniaga restoran itu bakal didakwa mengikut Seksyen 53(A) Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011. Difahamkan, tempoh penghantaran dokumen terperinci itu dilanjutkan sehingga 17 November 2021 bagi membolehkan peniaga itu membetulkan kesilapan berkenaan tetapi pihak peniaga gagal kemukakan dokumen tersebut.

KPDNHEP telah membuka kertas siasatan dan akan dihantar ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 53(A) Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 itu memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000 jika sabit kesalahan.

Bagi anda yang terlepas isu ini, klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

‘Pelanggan Yang Mahu Siakap Itu’- Pemilik Restoran Jawab Dakwaan Isu Harga Ikan Berharga RM1,196

Dibuang Dari Syarikat, Usahawan Ini Kecewa Dikhianati Suami Sendiri

Jadikan Straw Coffee Bean Sebagai Pasta, Menu Pelik Lelaki Ini Buat Netizen Keliru

Sumber