Sejak mula iPhone XR dilancarkan bersama iPhone XS dan XS Max, model ini telah dijangkakan ramai bakal menerima sambutan yang tinggi daripada para pengguna. Penawaran rekaan yang terbaru serta berjaya menjadi model iPhone paling ‘mampu milik’ antara yang membuatkan model ini tampil unik dan menarik.

Walaubagaimanapun, sangkaan orang ramai serta Apple ternyata meleset apabila Apple telah mengurangkan pengeluaran iPhone XR berikutan sambutan yang tersasar daripada jangkaan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

891385B6-4465-4B2B-BCB2-417F9F437041

Berdasarkan sumber daripada Asia Nikkei, dikatakan pengeluaan iPhone XR telah dikurangkan daripada 60 saluran kepada 45 saluran sehari. Jumlah ini sekaligus telah mengurangkan bilangan unit sebanyak 3 juta sebulan. Dalam pada itu, sambutan terhadap iPhone 8 dan 8 plus dikatakan lebih meningkat berbanding sebelum ini.

Trend penjualan Apple ini sekaligus memperlihatkan para pengguna lebih cenderung mendapatkan model sebelumnya yang sekaligus dikaitkan dengan harga yang lebih rendah.