Saya ingat lagi sewaktu masuknya tahun 2016. LG berjaya menawarkan sebuah idea yang fresh untuk peminat smartphone seluruh dunia. Penggunaan modular seperti yang dapat anda lihat membolehkan pengguna memasukkan slot bateri tambahan atau kamera mengikut kesesuaian dengan cara termudah.

Dari segi ideanya, penggunaan sememangnya nampak sangat awesome. Malangnya, usaha LG itu nampaknya gagal berikutan harga modular yang tidak mampu milik serta penjualannya yang tidak meluas.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Memandangkan LG bakal mengumumkan smartphone flagship terbaru mereka di MWC 2017 yang berlangsung penhujung Februari ini, pelbagai ura-ura dan rekabentuk LG G6 telah dipertontonkan.

Dikhabarkan LG G6 bakal menggunakan Snapdragon 835 serta RAM 6GB. Spesifikasi yang bakal menjadi trend untuk tahun ini. LG nampaknya tidak lagi berminat untuk menggunakan penggunaan modular yang tampak fancy serta bakal digantikan dengan glass panel di bahagian belakang.

Jika anda sangkakan iPhone 7 Plus merupakan smartphone pertama dengan dual-lens anda mungkin silap. LG merupakan pelopor terawal kepada penggunaan teknologi ini dan bakal disediakan pada LG G6.

Berikut merupakan rekabentuk LG G6 yang bakal diumumkan pada MWC 2017 tidak lama lagi. Sejujurnya kami sangat suka dengan idea LG untuk kembalikan rekabentuk yang tampak moden dan stylish ini.