Tanda tanya orang ramai mengenai individu yang bakal memegang jawatan Presiden Amerika Syarikat terjawab pada hari ini apabila calon daripada parti Demokrat Joe Biden sah menerima undian majoriti mengalahkan Donald Trump menerusi pilihan raya Amerika Syarikat.

Di sebalik undian majoriti yang diterima Joe Biden, Donald Trump nampaknya enggan menerima kekalahan beliau pada pilihan raya Amerika Syarikat serta mendakwa dirinya memenangi pilihan raya Amerika Syarikat dengan jumlah undian majoriti yang tinggi. Kenyataan beliau telah dimuat naik menerusi laman Twitter seperti di bawah.

Di sebalik tweet yang dimuat naik, laman Twitter nampaknya turut mengeluarkan amaran kepada orang ramai serta menghalang orang ramai retweet kenyataan daripada mantan Presiden Amerika Syarikat ini bagi mengelakkan penyebaran berita palsu.

Untuk pengetahuan, ini bukanlah pertama kali Donald Trump mengeluarkan kenyataan yang aneh serta bercanggah dengan pendapat orang ramai. Sebelum ini, beliau telah mendakwa dirinya imun daripada wabak COVID-19 selepas disahkan positif beberapa hari sebelumnya.

Menerusi perkembangan terbaru, Joe Biden sah bakal dilantik sebagai Presiden Amerika Syarikat yang ke-46 selepas berjaya mengalahkan Donald Trump.

Kalahkan Donald Trump, Joe Biden Sah Menjadi Presiden Amerika Syarikat Yang Ke-46

Pemuja Donald Trump Meninggal Dunia, ‘Kecewa’ Presiden AS Positif COVID-19

 

Sumber