Berikutan penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia, boleh dikatakan setiap negara mengamalkan penjarakan sosial dan melaksanakan perintah kuarantin untuk mengawal penyebaran wabak tersebut.

Untuk pengetahuan anda, kerajaan Indonesia juga melaksanakan perintah kuarantin selama 14 hari dan berikutan ramai yang tidak patuh perintah tersebut membuatkan seorang ketua daerah Sragen, Kusdinar Untung Yuni Sukowati bertindak arahkan untuk kurung rakyat yang degil di ‘rumah berhantu’.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurutnya, tindakan tersebut adalah untuk menakutkan mereka yang ingkar arahan kuarantin. Malah, kemasukan ramai orang ke Sragen selepas beberapa bandar sudah diperintahkan ‘lockdown’ seperti Jakarta dan lain-lain cukup membimbangkan.

Kisah hantu sudah jadi sebahagian kepercayaan dan memainkan peranan penting dalam cerita rakyat Indonesia. Disebabkan itu, beliau akan meletakkan mereka yang ingkar arahan duduk di rumah yang ditinggalkan dan berhantu untuk kuarantin diri.

Difahamkan kini terdapat 5 pesalah yang dikuarantin dalam penjara berhantu Sragen. Pastinya perintah terbaru ini akan membuatkan rakyat Indonesia patut arahan untuk memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19.

Apa pandangan anda mengenai pendekatan yang diambil Kusdinar Untung Yuni Sukowati meletakkan mereka yang ingkar arahan di tempat berhantu?

Sementara itu, klik pautan di bawah untuk ketahui berita terkini tentang COVID-19.

Ketua WHO Sahkan Pengakhiran COVID-19 Bukanlah Selepas Tamat Perintah ‘Lockdown’

Bomoh Di Indonesia Guna Penyapu Lidi Untuk ‘Halau’ COVID-19 Dari Muka Bumi

Anda Mungkin ‘Bebas’ Melancong Seperti Biasa Mulai 2023 Selepas COVID-19

Sumber