Umum tahu sejak beberapa bulan terakhir ini, menunggang basikal sudah menjadi trend di kalangan orang ramai. Tidak hanya di Malaysia, malah seluruh dunia sedang mengalami demam berbasikal ketika ini.

Meskipun sukan ini mampu menyihatkan badan, sikap segelintir individu yang tidak mengendahkan undang-undang semata-mata untuk menunggang dengan pantas sehinggakan membahayakan orang ramai perlu dipandang serius. Tidak kurang juga mereka yang memilih untuk beriadah dengan cara berbasikal di lebuh raya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sehubungan dengan itu, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan denda sehingga RM1,000 bakal dikenakan sekiranya terdapat individu yang menunggang basikal di lebuh raya.

Berdasarkan perkongsian, tindakan boleh diambil mengikut Seksyen 70(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Jika disabitkan kesalahan, hukuman denda boleh dikenakan tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak lebih daripada tiga bulan atau kedua-duanya.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Azisman Alias, kesemua plaza tol sudah tersedia papan tanda yang memaklumkan larangan kenderaan yang tidak dibenarkan di lebuh raya.

Walau bagaimanapun, sikap ambil penuh segelintir penunggang basikal ini pastinya telah membuatkan diri mereka serta pengguna kenderaan lain dalam bahaya.

Sebelum ini Azizulhasni Awang meluahkan pendapat mengenai cadangan pihak yang mahu basikal disertakan dengan lesen dan nombor plat. Klik pautan di bawah untuk mengetahui lebih lanjut.

‘Lesen Dan Plat Hanya Akan Mengurangkan Pengguna Basikal’- Azizulhasni Awang

Netizen Kecewa Sikap ‘Selfish’ Geng Basikal Yang Menyusahkan Penduduk Gombak