Tyler Blevins atau lebih dikenali dengan nama ‘Ninja’ merupakan seorang streamer terkenal  dunia bagi game Fornite. Berjaya menempa nama pada platform YouTube dan Twitch membuatkan beliau menjadi rebutan jenama-jenama besar untuk berkolaborasi.

Melalui platform Twitch iaitu laman penstriman game, beliau berjaya menjadi gamer dengan jumlah pengikut dan menerima jumlah tontonan tertinggi sekitar Julai lalu. Walau bagaimanapun, perkara ini tidak menghalang Ninja untuk beralih ke platform Microsoft Mixer sebulan selepas pencapaian yang diterimanya.

Menurut Ninja, sebab utama beliau tidak lagi stream di Twitch adalah disebabkan platform tersebut tidak menghormati serta menyekat tindakan beliau untuk beliau mengembangkan lagi nama beliau. Masalah melibatkan beberapa penaja beliau terhadap platform ini membuatkan beliau memilih platform lain. Walau bagaimanapun, beliau mengesahkan peralihan ini bukannya kerana faktor wang semata-mata sebaliknya disebabkan persekitaran yang toksik.

Screen Shot 2019-10-06 at 12.07.57 PM

Peralihan beliau kepada platform Microsoft Mixer berjaya meningkatkan jumlah tontonan orang ramai kepada platfrom tersebut. Meskipun memiliki streamer paling popular serta mengumpulkan sejumlah besar streamer yang lain, Microsoft Mixer dilihat masih lagi jauh dan gagal untuk menandingi jumlah tontonan Twitch.

Menerusi platform terbaru, Ninja optimis beliau mampu menaikkan jumlah tontonan Microsoft Mixer serta dirinya. Terbaharu, dilaporkan adidas antara yang berminat untuk berkolaborasi bersama beliau.

E-sukan semakin mendapat tempat dikalangan anak muda pada masa kini. Kami kongsikan kepada anda kejayaan yang ditempa oleh anak muda tempatan serta luar menerusi game yang diceburi.

Remaja Malaysia Berjaya Menjadi Jutawan Baru Melalui Permainan Dota 2

Hadiah Pemenang Dota 2 Dunia Lebih Tinggi Berbanding Juara Golf Dan Tennis

‘AmTuah’ Wakil Asia Tenggara Untuk Kejohanan FIFA 18 Di Jerman

 

Sumber