Umum tahu, sejak Pelan Pemulihan Negara (PPN) berlangsung, orang ramai tidak lagi dibenarkan untuk merentas daerah dan negeri tanpa mendapat kebenaran daripada pihak polis.

Dalam pada itu, lain ceritanya pada kali ini apabila seorang lelaki di Pulau Pinang bertindak di luar kebiasaan dengan merentas Selat Pulau Pinang dari jeti feri di Tanjung City Marina menuju ke Seberang Perai semata-mata untuk bertemu rakannya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata lelaki yang berusia 28 tahun tersebut sanggup melakukan melakukan perkara tersebut selepas gagal mendapat kelulusan rentas daerah daripada pihak polis berikutan alasan beliau yang tidak munasabah.

@dianaonly_909

tgk smpai hbis,Feri xbg masuk sebab xdk surat nk rentas daerah dr penang p seberang dio plk berenang nk p seberang🥲#fypシ #takmentionsapapun #atmix

♬ original sound – tupaipng_ii – tupaisepet🐿️

Lelaki tersebut walau bagaimanapun kemudiannya berpatah balik menghala ke jeti disebabkan keletihan sebelum diselamatkan oleh pihak petugas Penang Port Sdn Bhd.

Berdasarkan semakan yang dibuat, pihak polis berjaya menghubungi ibu lelaki tersebut sebelum mengetahui beliau sudah lama tidak pulang ke rumah. Beliau juga difahamkan hidup sebagai gelandangan selain mempunyai masalah melibatkan ketagihan dadah.

Lelaki tersebut kini sedang menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) serta mendapatkan pemeriksaan lanjut. Siasatan lanjut bakal diteruskan oleh pihak polis selepas lelaki tersebut keluar dari hospital.

Tular pada awal bulan lalu apabila seorang lelaki yang merentas negeri untuk mengikuti kursus selaman di Pulau Perhentian dilaporkan meninggal dunia akibat lemas.

Lelaki Ikuti Kursus Selaman Meninggal Dunia Selepas Lemas Di Pulau Perhentian

Gambar Selebriti Wanita Dalam Bilik Tahanan Tersebar, Polis Sedia Buka Kertas Siasatan

Sumber