Jenayah boleh berlaku di mana-mana sahaja dan dalam kes ini, ianya berlaku di hadapan rumah sendiri. Namun, mangsa dengan tenang ‘menghalau’ semua penjenayah keluar serta menggagalkan cubaan samun mereka.

Menurut laporan Harian Metro, kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 11 malam apabila mangsa yang berumur 46 tahun baru pulang dari pekan Bantng. Secara tiba-tiba, kenderaan beliau dikepung oleh 4 lelaki bertopeng menaiki kereta Vios yang dikatakan mengekori beliau sehingga ke kawasan rumah.

Untitled-2-671×455
HYPE
Ini Sebab Utama Wanita Meluat Dengan Lelaki Kaki Kereta
Baca lagi →

lebih menakutkan, kesemua lelaki berkenaan bersenjatakan parang dan menerusi rakaman litar tertutup (CCTV) ini, mereka cuba untuk memecahkan cermin kereta tetapi gagal.

Namun, wanita berkenaan secara pantas mengundurkan keretanya dan melanggar kereta suspek dan nyata mereka terkejut dengan perbuatan wanita tersebut. Mereka seterusnya lari dengan tangan kosong meninggalkan lokasi kejadian.

Walaupun jelas terakam nombor plat kereta suspek, namun pihak berkuasa berkata nombor plat berkenaan adalah palsu dan merupakan nombor pendaftaran sebuah motosikal.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan. Wanita berkenaan terselamat kerana beliau menguncikan pintu keretanya yang memberi kesukaran kepada penjenayah untuk menjalankan kerja mereka. Diharap kejadian ini dapat memberi pengajaran kepada kita semua.

Penjenayah kini semakin berani kerana di waktu pagi sekali pun, mereka boleh ‘buat kerja’. Ini pula kes cubaan samun Ysuku yang terjadi bulan lalu.

Gagal Samun Yamaha Y15ZR, Dua Lelaki Kini Diburu Pihak Polis

Bagaimana Kami Kena Samun Di Brussels Semasa Travel Backpack Di Eropah

Dirompak Sewaktu Travel Di Eropah Dan Ini Yang Telah Berlaku Ke Atas Saya

Anda Mungkin Suka