Jared Leto pastinya tidak mahu diingati sebagai Joker yang tersakiti. Penantian peminat untuk melihat Jared Leto sebagai watak antihero Morbius berakhir apabila Sony Pictures berkongsikan trailer rasmi pertama filem berkenaan malam semalam.

Sony turut mengesahkan bahawa Morbius akan berada dalam Marvel Cinematic Universe dengan kemungkinan Morbius boleh muncul dalam mana-mana MCU di masa akan datang.

Morbius akan membawa penonton menyusuri hidup Dr. Michael Morbius, yang sedang mencari penawar untuk penyakit yang dihidapinya. Pelbagai eksperimen dibuat oleh Morbius termasuklah menjadikan vampire bats sebagai bahan ujikaji. Pada mulanya ia berkesan tetapi terdapat side effect terhadap rawatan tersebut yang beliau sendiri tidak jangka.

Paling menarik, kita dapat melihat kelibat Michael Keaton (Vulture) dalam filem ini. Mungkinkah Sony Pictures sudah merancang sesuatu yang hebat selepas Morbius? Sama-sama kita nantikan 31 Julai 2020 ini.

Jared Leto sah tidak akan membuat kemunculan dalam filem Suicide Squad 2. Jadi, Jared Leto dapat menumpukan kariernya untuk Morbius selepas ini.

Jared Leto ‘Dipecat’ Daripada Bawa Watak Joker Untuk Suicide Squad 2

Jared Leto Dilaporkan Cuba Menghalang Pengeluaran Filem Joker Lakonan Joaquin Phoenix