Tidak dapat dinafikan bahawa bukan mudah untuk mencari pekerjaan ketika ini berikutan ekonomi yang tidak menentu. Malah, tanpa ilmu pengetahuan lagi menyukarkan keadaan untuk mendapatkan pekerjaan dengan pendapatan lumayan.

Setuju atau tidak jika kami katakan ilmu pengetahuan itu penting? Walaupun anda gagal Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak bermaksud anda akan gagal dalam kehidupan anda dan tidak akan peroleh kejayaan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Walaupun pernah gagal dalam SPM, tiga belia lepasan Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Timur iaitu Muhamad Badiuzaman Ya Abu Bakar, Mohd Faizal Ismail dan Muhammad Qamarul Auji Amran kini telah memiliki kerjaya dan berjaya dalam bidang yang diceburi.

Untuk pengetahuan anda, mereka kini memperoleh pendapatan antara RM15,000 hingga RM19,000 sebulan sebagai pelatih kemahiran dalam bidang kimpalan dan jururegah. Malah, mereka juga telah dilantik sebagai ikon Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Tidak percaya? Sebagai contoh, Muhammad Badiuzaman pernah bekerja di syarikat swasta sebagai jurukimpal di laut pada tahun 2010 dan menjana pendapatan mencecah RM19,000 sebulan.

https://www.youtube.com/watch?v=9NYc1KNG7zs

Menurut mereka, kursus yang diambil di ABM membantu mereka membuka peluang untuk mendapatkan kehidupan lebih baik walaupun tidak cemerlang dalam SPM sebelum ini.

Jika anda tidak mendapat keputusan cemerlang dalam SPM dan tidak layak masuk ke universiti tempatan, anda boleh cuba sertai program kemahiran. Mungkin dengan kemahiran, akan membantu anda dalam kehidupan anda pada masa depan.

Di bawah ini kami listkan beberapa kisah mereka yang gagal SPM tetapi berjaya dalam kehidupan mereka. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

SPM Gred 3 Bukan Penamat Masa Depan. Ini Yang Telah Aku Lalui Hingga Berjaya

Gagal SPM Tak Bermaksud Gagal Selama-lamanya

Anak Kampung Pangkat 2 SPM Buktikan Kegagalan Bukan Penghalang Meraih PhD

Sumber