Sebuah kejayaan bukan datang bergolek. Jika anda berusaha dan tidak pernah putus asa, pasti ia akan membuahkan hasil.

Terbaharu, seorang pengguna Twitter @asoshiation telah berkongsi bagaimana beliau berjaya bekerja sebagai penterjemah di konsert untuk kumpulan K-Pop seperti Blackpink, Ikon, Winner dan banyak lagi.

rtx6cut9_wide-0966b1068552c4498486b6e344c3dcb19861a885-s1600-c85
HYPE
Ini Inisiatif Tenaga Nasional Berhad Berdepan Musim Tengkujuh Yang Bakal Tiba
Baca lagi →

Menerusi perkongsiannya, walaupun sebelum ini beliau gagal dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan tidak berjaya menyambung pelajaran di peringkat tertinggi tetapi tidak mematahkan semangat beliau.

Berbekalkan kemahiran sedia ada, beliau menyediakan perkhidmatan rekaan grafik untuk t-shirt tetapi malangnya perniagaan beliau kurang mendapat sambutan. Dalam masa yang sama juga, beliau mempelajari bahasa Korea menerusi YouTube.

Selepas itu, beliau mengambil keputusan untuk berhijrah ke Korea untuk mencari pekerjaan di sana. Kawan beliau yang mula menyusulkan nama beliau kepada penganjur dan disebabkan itu beliau mendapat tawaran menjadi penterjemah pada tahun lalu.

Bagi beliau, peluang untuk menjadi penterjemah di konsert besar untuk artis K-Pop adalah satu peluang keemasan dan bukan mudah untuk diperoleh. Beliau masih lagi menerima tawaran sebagai penterjemah dan walaupun mempunyai pengalaman tetapi masih perlu dinilai semula oleh pihak penganjur.

Perkongsian beliau telah mendapat perhatian netizen dan rata-rata netizen kagum dengan usaha yang dilakukan beliau. Malah, rata-rata netizen juga berbangga dengan kesungguhan beliau dan mengucapkan tahniah kepada beliau.

Pastinya kisah ini dapat menjadi inspirasi kepada anda agar tidak mudah putus asa dalam hidup anda walaupun gagal. Mungkin anda boleh kongsikan kepada kami kisah anda?

Di bawah ini kami kongsikan beberapa kisah yang mungkin boleh memberi inspirasi kepada anda. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Wanita Ini Kongsi Kisah Pengorbanan Ayahnya Yang Sanggup Jadi ‘Eksperimen’ Untuk Rawatan Kanser

Lelaki Ini Kongsi Kisah Kegigihan Pemuda Pulang Ke Melaka Berbasikal Dari Bangkok

‘Foodtruck’ Sate & Sake Milik Warga Malaysia Ini Tempa Nama Di Itali

Anda Mungkin Suka